Tuesday, 28 October 2014

Pengerusi JKK Kampung Jengka Batu 13

Fokus utama bagi  merealisasikan kejayaan  Anugerah Desa Lestari Abad Ke 21 bagi Tahun 2015 Kampung Jengka Batu 13 Jalan Maran Chenor ialah dengan melaksanakan penambah baikan terhadap empat projek ekonomi utama sedia ada iaitu Pertama Pembinaan kilang baja Organik berasaskan bahan buangan ternakan ayam daging, kedua memperluaskan program Inap Desa (Agro Tourism) ,ketiga Kilang Roti dan Pastri dan yang keempat Bengkel Kueh-kueh tradisional. Ianya bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan yang lebih luas kepada penduduk setempat, terutama ibu tunggal warga tua yang masih mampu bekerja dan lepasan IPTA dan IPTS yang masih belum bekerja ( Graduan menganggur). Usaha sedemikian juga dapat membantu pihak kerajaan bagi mengurangkan bilangan penganggur. Serta dapat meningkatkan  pendapatan yang lebih tinggi selaras dengan hasrat kerajaan menjelang tahun 2020. Pihak JKKK juga sedang giat mengusahakan penubuhan koperasi untuk menyelaras segala aktiviti ekonomi yang sedia ada serta mencari peluang baharu yang terbaik bagi memastikan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat terbela dan terjamin.

No comments:

Post a Comment