Tuesday, 28 October 2014

Pengerusi JKK Kampung Jengka Batu 13

Fokus utama bagi  merealisasikan kejayaan  Anugerah Desa Lestari Abad Ke 21 bagi Tahun 2015 Kampung Jengka Batu 13 Jalan Maran Chenor ialah dengan melaksanakan penambah baikan terhadap empat projek ekonomi utama sedia ada iaitu Pertama Pembinaan kilang baja Organik berasaskan bahan buangan ternakan ayam daging, kedua memperluaskan program Inap Desa (Agro Tourism) ,ketiga Kilang Roti dan Pastri dan yang keempat Bengkel Kueh-kueh tradisional. Ianya bertujuan untuk memberi peluang pekerjaan yang lebih luas kepada penduduk setempat, terutama ibu tunggal warga tua yang masih mampu bekerja dan lepasan IPTA dan IPTS yang masih belum bekerja ( Graduan menganggur). Usaha sedemikian juga dapat membantu pihak kerajaan bagi mengurangkan bilangan penganggur. Serta dapat meningkatkan  pendapatan yang lebih tinggi selaras dengan hasrat kerajaan menjelang tahun 2020. Pihak JKKK juga sedang giat mengusahakan penubuhan koperasi untuk menyelaras segala aktiviti ekonomi yang sedia ada serta mencari peluang baharu yang terbaik bagi memastikan peluang pekerjaan kepada komuniti setempat terbela dan terjamin.

Monday, 27 October 2014

Gambar2 sekitar peristiwa penilaian












Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Alhamdulillah  Saya bagi pihak JKK Kampung Jengka Batu 13 Jalan Maran Chenor, Pahang Darul Makmur. Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YB Dato' Sri Ismail bin Abdul Muttalib Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Maran, YB Tn Haji Mojd Ariffin bin Awang Ismail ADUN Kawasan Chenor,  YH Dato' Fadzillah bin Salleh Pegawai Daerah Maran, En Khairudin bin Suhadi, Unit PLB Pejabat Daerah dan Tanah Maran Badan Sukarela, Seluruh penduduk kampung yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Penilaian Ke 2 Anugerah Desa Lestari Abad Ke 21 Tahun 2015 yang di adakan pada 27 Oktober 2014 bersamaan hari Isnin bermula Jam 11.00 pagi hingga 05.30 petang berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga usaha gigih yang dicurahkan bagi menjayakan program penilaian tersebut akan menbuahkan hasil yang paling cemerlang. Aamiin...

Tuesday, 7 October 2014

Suasana dan peristiwa  korban perdana JKKK DUN Chenor Sumbangan Ahli Parlimen Maran Dato' Sri Ismail B Abdul Muttalib merangkap Timbalan Menteri Sumber Manusia berjumlah 27 ekor. Seekor bagi setiap JKKK.  Bertempat di Tapak Pekan Sehari Chenor. Sebanyak 3 ekor lembu terlepas semasa proses penurunan drpd lori. Alhamdulillah kesemuanya dapat ditangkap semula.  Petugas sedang menangkap lembu yang terlepas semasa turun dari lori. Terima kasih tidak terhingga kpd YB Dato' Sri atas sumbangan, dan kpd petugas korban. Jazakallah khairan kadira.










Monday, 6 October 2014

Mesyuarat korban perdana DUN Chenor



Majlis korban JKKK dan ahli kariah di Masjid Kg Jengka Bt 13 bersama YB Dato Sri dan Dato' Datin Sri Fatimah Kassim serta YB Tn Hj Mohd Ariffin. Sebanyak 7 ekor lembu termasuk 2 ekor sumbangan YB Tn Hj Mohd Ariffin. Jazakallah khairan kasira.





Monday, 29 September 2014